"" Gedung Purba: Jenama-Jenama Antarabangsa
Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 18 April 2016

Jenama-Jenama Antarabangsa


Di sini kita dapat mengetahui dan mempelajari tentang sejarah hebat bagaimana bemulanya peniagaan jenma-jenama terkenal antarabangsa yang menjadi pilihan masyarakat dunia.
Seterusnya juga dipaparkan khas buat anda beberapa sejarah jenama ‘gergasi’ di dalam dunia peniagaan terkini. Semoga ia menjadi inspirasi dan contoh yang baik untuk usahawan-usahawan di mana-mana Negara terutamanya di rantau ini untuk lebih berdaya saing dan maju di dalam setiap bidang yang diceburi. Jenama terkenal dunia seperti Disney, Toyota, Gillette, Coca-Cola, McDonald's, Google, Miscrosoft,  dan Samsung  sebenarnya diasaskan oleh orang-orang yang mempunyai kelebihan, kepakaran dan semangat yang Inar biasa. Kedudukan dan  nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand.
Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut dicontohi oleh usahawan dan peniaga di negara kita. Jenama-jenama yang berkaitan dengan pakaian dan aksessori yang menjadi pilihan diketahui  ialah seperti Louis Vuitton, H&M dan Nike.

Disney
Pada tahun 1923 di usia 23 tahun, Walt Disney berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karakter kartun yang lain. Karakter Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyota G Automatik untuk menghasilkan tekstil. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun 1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu. King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.
Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860- an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat di seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini.
McDonald's
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada sembilan sahaja di mana lebih kepada jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan kafe McDonald's dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai lebih 35,000 rangkaian restoran di seluruh dunia.
Microsoft
Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen memulakan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa.
Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938. Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-Hee.

Jenama-Jenama berkaitan pakaian dan aksessori
Louis Vuitton
Ketika ramai kanak-kanak masih seronok bermain dan berkejaran, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis pada usia 14 tahun. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis . membuka kedai beg pertamanya di Paris.
Hennes & Mauritz (H&M)
H&M ialah singkatan kepada Hennes & Mauritz, diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS 16.1 bilion.
Nike
Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertitik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.



1 ulasan:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    BalasPadam